ISO & Kenyataan Polisi Kualiti

Print

Pensijilan ISO MAJU telah pun diperolehi sejak 1996 dengan skop bengkel dan pada 2004 skop ini telah diperluaskan kepada keseluruhan syarikat.Pada September 2009, MAJU telah menukar Pensijilan ISO 9001:2000 kepada 9001:2008.

Penukaran pensijilan ini adalah bertujuan bagi penambahbaikan sistem pengurusan kualiti MAJU sedia ada. Pertukaran pensijilan ini juga adalah selaras dengan polisi The International Organization for Standardization (ISO) dan International Accreditation Forum (IAF).Pensijilan ISO ini perlu bagi pengukuhan sistem pengurusan dan mutu perkhidmatan terhadap pelanggan serta tadbir urus korporat (Corporate Governace) ke arah budaya kerja yang berkualiti dan mencapai kecemerlangan perniagaan. Amalan ini bukan sahaja dilakukan di peringkat MAJU malah sebagai kesinambungan amalan berkualiti di dalam Kumpulan Johor Corporation.

Sebagai komitmen syarikat terhadap kehendak pelanggan, MAJU telah menjadikan responsif kepada aduan dan maklumbalas pelanggan sebagai prosedur ISO supaya setiap aduan dan rungutan penumpang dapat diambil tindakan dalam tempoh yang paling minima. Kajiselidik terhadap kepuasan pelanggan juga diadakan 2 kali setahun bagi mengukur kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan MAJU. Kajiselidik dan aduan pelanggan ini penting bagi MAJU meningkatkan mutu perkhidmatan.

/

1.Syarikat sentiasa berusaha untuk mencapai kualiti di dalam setiap fasa aktiviti berasaskan kepada keperluan ISO 9001:2008 untuk memenuhi keperluan pelanggan.

2. MAJU bersedia untuk memberi perkhidmatan pengangkutan awam sacara efisien bagi memenuhi kehendak pelanggan melalui penambahbaikan sistem pengurusan kualiti dari masa ke semasa secara berterusan.