Perkhidmatan Kami Selamat Tahun Baru 2015 e-ticketing Kerjaya bersama Kami Salam Maulidur Rasul Cabutan Bertuah Executive Lounge

Sumbangan prihatin mangsa banjir

 

Bencana banjir yang berlaku di seluruh negara khususnya negeri-negeri di pantai timur pada bulan Disember 2014 yang lepas telah menyebabkan kerosakan teruk terhadap harta benda. Seramai 200 ribu mangsa banjir terpaksa dipindahkan ketempat penempatan sementara, (Berita harian 27 Disember 2014). Bantuan bagi membantu mangsa banjir telah digerakkan oleh kerajaan serta badan-badan yang terlibat.

 

Selanjutnya..Sumbangan prihatin mangsa banjir

Majlis penyampaian peralatan sekolah kepada anak-anak anggota pekerja MAJU

Print
Pada 30 hb Disember 2014 satu  majlis penyampaian peralatan sekolah dan sumbangan kepada anak-anak anggota pekerja MAJU  telah diadakan di Surau  Syarikat Pengangkutan Maju Bhd. Majlis ini merupakan salah satu acara tahunan yang diadakan oleh pihak syarikat melalui Biro Agama dan Kebajikan Kelab Rekreasi MAJU. 

Selanjutnya..Majlis penyampaian peralatan sekolah kepada anak-anak anggota pekerja MAJU

Teambuilding

Print
Syarikat telah menganjurkan kursus Teambuilding pada 22 – 24hb Disember 2014 di Taman Lagenda, Gunung Ledang, Tangkak dengan jumlah peserta seramai 30 orang yang terdiri dari staf pejabat, unit operasi, bengkel dan juga pemandu bas. 

Selanjutnya..Teambuilding

Anugerah Simposium SPAD

Print
Simposium Pengangkutan Awam Darat 2014 merupakan penganjuran kali ke-3 yang dianjurkan SPAD. Simposium pada tahun ini bertemakan 'The Future of Our Cities: Thinking Ahead, Building Together'. Simposium ini juga dijadikan sebagai acara tahunan bagi menghargai sumbangan pengendali pengangkutan awam darat dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan serta berupaya dalam mematuhi Amalan Industri (I-COP) – Keselamatan dengan baik. Pada tahun ini, Simposium Industri Pengangkutan Awam Darat 2014 telah diadakan pada 16hb dan 17hb November 2014  di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Selanjutnya..Anugerah Simposium SPAD