MENGENAI KAMI

Syarikat Pengangkutan Maju Bhd (MAJU) ditubuhkan pada 13hb Julai 1972 sebagai syarikat di dalam Kumpulan Johor Corporation (JCorp). MAJU menjalankan perkhidmatan bas berhenti-henti di kawasan Bandaraya Johor Bahru, Batu Pahat dan Parit Sulong. MAJU juga menjalankan perkhidmatan bas ekspres Johor Bahru-Pontian dan laluan ke beberapa bandar utama diseluruh Semenanjung Malaysia. Disamping itu juga MAJU menjalankan perkhidmatan bas sewa khas dan perkhidmatan iklan pada badan dan dalam bas.

Pada masa kini MAJU mempunyai 150 unit bas dengan 21 laluan. Dalam tempoh setahun bas-bas ini telah membawa 8.12 juta penumpang yang meliputi 9.2 juta kilometer. Kebanyakkan bas-bas MAJU mempunyai purata usia 3 tahun. Kesemua bas-bas MAJU ini akan dipasang Global Positioning System (GPS). Pemasangan sistem ini bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan terutama bagi mengawal ketepatan waktu bas tiba dan berlepas. Pemasangan GPS ini telah pun dimulakan secara berperingkat-peringkat.

Dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, MAJU telah memperolehi pensijilan ISO 9002:1994 (Bahagian Bengkel) pada 1996. Pada tahun 2004 pensijilan ini kemudiannya diperluas dengan melibatkan keseluruhan syarikat dengan skop 'Provision of Public Bus Services/Passenger Service Vehicle' di bawah ISO 9001:2008. MAJU adalah syarikat pengangkutan awam (bas) pertama yang dianugerahkan pensijilan ISO 9001:2008 di Malaysia.

Selaras dengan perkembangan perkhidmatan bas ekspres MAJU ke seluruh Malaysia, MAJU telah membuka 37 kaunter cawangan diseluruh Malaysia bagi memudahkan pembelian tiket bas ekspres oleh pelanggan. Disamping itu, MAJU juga menyediakan perkhidmatan pembelian tiket bas ekspres secara ”on-line”. Pelanggan yang berminat boleh melayari laman www.majuexpress.com.my

Sebagai sebuah syarikat pengangkutan awam (bas), MAJU amat mementingkan keselamatan dan keselesaan penumpang sesuai dengan motto syarikat “Anda di Utamakan”. Bagi merealisasikan motto tersebut, MAJU mengadakan Kursus Pemanduan Berhemah bagi melahirkan pemandu yang berdisiplin dan mesra pelanggan. Disamping itu juga, MAJU mengamalkan kod amalan (S.H.E.) dalam pengurusan kenderaan, pengurusan risiko perjalanan serta sistem jaminan kualiti dalam usaha mempertingkat mutu keselamatan penumpang.

 

   
   
   
   
       
   
   
   
   
           
           
                           
     

Tarikh kemaskini 01/04/2014.

Sesuai dipapar dengan menggunakan Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768.

Kompleks Syarikat Pengangkutan Maju Berhad
No. 24, Jalan Petaling
Kawasan Perindustrian Larkin
80530 Johor Bahru, Johor D. Takzim
Tel: 07-2370271/ 0430/ 0431 Faks: 07-2370279
Emel: maju@spmb.com.my

Sebarang maklumat berkaitan, sila layari :
www.majujc.com.my

Website counter 

Jumlah Pelawat